Agak lama saya tidak update entri di blog ini. Sebenarnya saya menunggu untuk gunakan theme berbayar sebelum saya betul-betul konsisten update dan war-warkan blog ini.
InshaAllah kalau tiada halangan, hujung bulan ini atau awal April blog ini akan menggunakan theme yang berbayar, kerana saya akan benar-benar serius dengan dunia blog.
Berbalik kepada tajuk entri di atas, ianya bukanlah berkait dengan delete dan install perisian dalam komputer tetapi merujuk kepada diri kita. Percaya atau tidak, kita juga perlu sentiasa melakukan delete dan install dalam diri.
Saya kira inilah hikmah yang tersembunyi dalam Continue reading




Baru-baru ni, saya menghadiri satu seminar yang sasaran pesertanya adalah pimpinan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Negara. Seminar ini dibuat di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen Malaysia. Hampir keseluruhan pengisiannya dibuat dengan cara forum (mungkin bertujuan untuk mengelakkan rasa boring peserta jika penyampaian dibuat secara ceramah dari seorang speaker). Dan hampir keseluruhan topiknya pula mempunyai perkaitan dengan Perlembangaan Negara atau secara umumnya berkaitan, menghargai apa yang telah dicapai oleh negara kita. Objektif utama seminar ini, agar golongan muda yang bakal mewarisi negara ini tahu akan selok belok ranjau yang telah ditempuhi negara sejak zaman sebelum merdeka kepada apa yang kita ada pada hari ini. Salah satu tajuk forumnya adalah, “Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan”.